Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

MAKLUMAT UMUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Anda, pengunjung laman ini.

Terlebih dahulu saya bagi pihak keluarga Salasilah ini ingin memohon kepada setiap pengunjung beragama Islam agar bermurah hati untuk mensedekahkan Al-Fatihah kepada semua ahli keluarga Salasilah ini yang telah meninggalkan kita...

Al-Fatihah.

Dengan melawati laman ini, pengunjung laman bersetuju untuk mengikuti terma dan syarat-syarat seperti yang tertera di bawah ini.

Terma-Terma dan Syarat:

  1. Laman ini diwujudkan sebagai bahan pengetahuan, rujukan sejarah, dan mengujudkan talian silaturrahim secara online di antara ahli keluarga susur galur Nakhoda Yusof.
  2. Penerbit dan pengumpul sumber tidak boleh dipertanggungjawabkan jika wujud kekhilafan ketika membina salasilah ini.
  3. Jika terdapat ketidaktepatan fakta atau generasi salasilah, ahli keluarga Nakhoda Yusof di minta untuk memberikan maklumat dan maklumbalas untuk sebarang pembetulan.
  4. Ahli keluarga yang mempunyai pertalian di dalam salasilah ini diharap agar dapat menghantar gambar atau sebarang bahan bercetak dalam sebarang format untuk tujuan penerbitan dan rujukan. Penerbit akan memberikan kredit di dalam laman ini, seperti sepatutnya keatas bahan-bahan terkumpul tersebut.
  5. Tiada royalti atau saguhati akan diberikan untuk sebarang penerbitan laman ini. Ia diwujudkan di atas dasar ilmiah.
  6. Anak angkat tidak dimuatkan di dalam Salasilah ini kerana tiada pertalian darah atau perkahwinan.
  7. Laman ini sesuai dilayari menggunakan 'Internet Explorer 8' ke atas. Jika anda menggukan Mozilla Firefox, ia berkemungkinan menghadapi masalah 'structure.'
  8. Program Salasilah dan Galeri menggunakan program Flash, oleh itu anda di minta bersabar untuk menunggu kadar 'loading' program tersebut. Ia bergantung kepada kadar kelajuan broadband anda.
  9. Sila emailkan sebarang pertanyaan atau bahan kepada: admin@nakhodayusof.com

Terima kasih dan selamat melayari laman ini. Wassalam.

Penerbit.





Berita Harian

Berita Harian, 2 November 1992

Keratan akhbar mengenai Peninggalan Sejarah Nakhoda Yusof.

 

 


Kapal Dagang Lama

LANCHARA DE MALAYOS

Kapal Dagang Saudagar Melayu Awal kurun ke 19.